myjourney.ramleesulaiman.net

The short journey of my life….

Can I Borrow RM 25?

February6

Original Author Unknown:

 

A woman came home from work late, tired and irritated, to find her 5-year old son waiting for her at the door.

SON: ‘Mummy, may I ask you a question?’

MUM: ‘Yeah sure, what it is?’ replied the woman.

SON: ‘Mummy, how much do you make an hour?’

MUM: ‘That’s none of your business. Why do you ask such a thing?’ the woman said angrily.

SON: ‘I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?’

MUM: ‘If you must know, I make RM 50 an hour.’

SON: ‘Oh,’ the little boy replied, with his head down.

SON: ‘Mummy, may I please borrow RM 25?’

The mother was furious, ‘If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don’t work hard everyday for such childish frivolities.’

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The woman sat down and started to get even angrier about the little boy’s questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the woman had calmed down, and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that RM 25 and he really didn’t ask for money very often . The woman went to the door of the little boy’s room and opened the door.

‘Are you asleep, son?’ She asked.

‘No Mummy, I’m awake,’ replied the boy.

‘I’ve been thinking, maybe I was too hard on you earlier’ said the woman. ‘It’s been a long day and I took out my aggravation on you. Here’s the RM 25 you asked for.’

The little boy sat straight up, smiling. ‘Oh, thank you Mummy!’ he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The woman saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his mother.

‘Why do you want more money if you already have some?’ the mother grumbled.

‘Because I didn’t have enough, but now I do,’ the little boy replied.

‘Mummy, I have RM 50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.’ 50 worth of your time with someone you love.

The mother was crushed. She put his arms around her little son, and she begged for his forgiveness.

It’s just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that RM

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

SINGAPURA DILANGGAR TODAK

December29

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK: SINGAPURA DILANGGAR TODAK

NAMA: NOR HAFIZAN BT MD DESA

NO MATRIK: JEA080072

PENGENALAN

Karya klasik ‘Singapura dilanggar todak’ terkandung dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang telah dikarang oleh Tun Seri Lanang dalam bab empat , halaman 67. Kisahnya bermula semasa Tuan Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas Tuan Jana Khatib karana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri. Beberapa lama kemudian, Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabjla Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir. Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.

Singapura Dilanggar Todak

Maka dipandangnya di pintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada dipintu maka ia menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah. Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun menjadi kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu pun menjadi batu, ada sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang pantun:

Telur itik dari Singgora,

Pandan terdandar di batang tui;

Darahnya titik di Singapura,

Badan terhantar di lengkawi.

Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu keparit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.

Syahadan pada antara itu, datanglah seorang budak berkata, “apa kerja kita berkotakan betis ini? ,Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “Benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena baju baginda; maka diperbuat orang seloka:

Cerek baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titih raja, “Benarlah kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”

Dalam kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, persoalan yang jelas terkandung di dalamnya dari sudut falsafah ialah mengenai ketaatan dan kesetiaan terhadap tanggungjawab dua golongan utama pada waktu itu iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa. Rakyat jelata ialah golongan manusia yang dipimpin dan diperintah oleh sebuah institusi tertinggi di dalam sesebuah negeri, daerah atau jajahan. Golongan pemimpin pada waktu itu terdiri daripada para pembesar dan golongan bangsawan atau darah keturunan raja. Sesebuah negeri memerlukan satu jalinan yang amat akrab daripada kedua-dua golongan ini bagi membentuk sebuah kehidupan yang aman, stabil, dan harmoni.

Peristiwa todak yang telah membinasakan rakyat Singapura tersirat dengan persoalan dan falsafah ketaatan serta tanggungjawab rakyat dan pemerintah. Contohnya peristiwa di mana Tuan Jana Khatib dijatuhi hukuman bunuh oleh Paduka Seri Maharaja akibat dianggap sengaja menunjukkan ilmunya. Keputusan yang di buat oleh Paduka Seri Maharaja itu merupakan keputusan yang terburu-buru dimana dia tidak menggunakan pertimbangan akal yang sepenuhnya sebaliknya hanya menggunakan emosi semata-mata. Hal ini disebabkan dia tidak menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenar lalu terus membuat keputusan tanpa soal selidik. Perbuatan Tuan Jana Khatib yang merenung pohon pinang sehingga terbelah dua di hadapan permaisuri sebenarnya terdapat dua kemungkinan. Pertama, kemungkin benar dia ingin menunjukkan ilmunya dan yang kedua, mungkin itu adalah satu cara menjalankan tanggungjawabnya bagi mengajak rakyat singapura untuk mendalami ilmu agama Islam. Hal ini berikutan Tuan Jana Kathib merupakan orang cerdik pandai dan tinggi ilmunya dalam agama serta ilmu khayal lillah. Jelas kelihatan adalah sifat cemburu raja yang sepatutnya diketepikan bagi menjadi seorang pemimpin yang bijaksana menguruskan negerinya dengan penuh tanggungjawab supaya aman makmur. Musibah atas perbuatan pemerintah itu telah diterima dalam peristiwa serangan todak. Musibah yang diterima amat kukuh kerana pemerintah telah menzalimi dan menganiaya rakyatnya.

Perkara ini telah terkandung dalam perjanjian penting dikenali sebagai waad yang terkandung dalam teks Sejarah Melayu yang telah dipersetujui oleh Demang Lebar Daun (rakyat) dengan Seri Teri Buana (pemerintah) sebelum ini, dimana golongan rakyat tidak boleh menderhaka terhadap raja dan raja juga tidak boleh menghina dan menzalimi rakyatnya. Contohnya sebagai balasan, rakyat yang melanggar waad akan menerima balasan dan bencana daripada Allah, manakala raja yang melanggar waad akan diterbalikkan negerinya. Hal inilah yang amat memerlukan pemerintah dan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka kapada negeri mereka yang tercinta dengan bijaksana. Segala perlakuan mereka haruslah didasari dengan akal dan pertimbangan yang waras.

Dalam waad ini, rakyat meminta raja tidak berlaku zalim kepada mereka. Begitu juga dengan raja, yang meminta rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja berlaku zalim. Ini bermaksud kedua-dua pihak tidak boleh sama sekali mederhaka, malah ketaatan adalah elemen terpenting. Berbalik kepada kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, pelanggaran waad telah dibuat oleh Paduka Seri Maharaja (pemerintah) terhadap Tuan Jana Khatib. Paduka Seri Maharaja tidak wajar bertindak membunuh rakyat tanpa usul periksa serta yang bertentangan dengan hukum syarak. Perkara ini bermakna pemerintah telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketaatan terhadap perjanjian dan pegangan serta amalan yang sepatutnya dijaga dan dihormati. Dari sudut falsafah, Konsep waad ini sendiri sebenarnya mewajibkan rakyat dan pemerintah supaya cinta terhadap kebijaksanaan malah mengamalkannya melalui kebaikan dalam kehidupan seharian terhadap segala yang ada dalam alam semesta. Apatah lagi tujuan seseorang dilahirkan ke dunia adalah sebagai wali Allah dan bertanggungjawap untuk memakmurkan bumi Allah yang tercinta ini.

Waad melahirkan konsep “taat”, “derhaka”, “tulah,” dan “daulat.” Konsep-konsep ini telah menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional sejak zaman Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana sehinggalah ke zaman kerajaan Melayu Singapura dan Melaka. Serangan todak yang melanda Singapura dianggap sebagai balasan atas pelanggaran perjanjian, dan kezaliman terhadap rakyat. Sewaktu berlakunya serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah mengarahkan penduduk menahan serangan todak tersebut menggunakan betis. Melalui tindakannya ini, dapat dilihat betapa ceteknya akal dan pemikiran pemerintah ketika itu. Mujurlah terdapat juga golongan rakyat yang pintar yang mempraktikkan dan mengamalkan ilmu serta kebijaksanaannya ke jalan yang sepatuttnya dengan penuh tanggungjawab, manfaat dan faedah.

Peranan ini dapat dilihat dalam watak budak pintar yang telah memberikan idea yang berjaya menyelamatkan negerinya yang tercinta. Dapat dilihat perwatakan budak pintar ini yang amat lurus dan taat terhadap pemerintahnya. Dia juga amat bertanggungjawap dalam melaksanakan peranannya sebagai rakyat dengan baik. Sikap taat dan setianya amat dituntut supaya menjadi ikutan dan teladan setiap rakyat pada waktu itu mahupun pada masa sekarang. Fakta ini jelas kerana selain sikap terpujinya itu, dia juga seorang yang berani. Sungguhpun dengan usia yang muda itu, budak pintar itu berani mengetengahkan ideanya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menyelamatkan negerinya tanpa terfikir akannya akibat atau apa-apa perkara negatif. Sikap si budak pintar ini amat berbeza sekali dengan Paduka Seri Maharaja yang mana bersikap membahayakan rakyat dengan menyuruh rakyat berkubukan betis bagi menghalang serangan todak. Bukan setakat itu, selain berfikiran cetek, Paduka Seri Maharaja juga mudah terpengaruh dengan pembesar yang iri hati dengan si budak pintar. Budi yang amat besar dibalas dengan kekejaman oleh para pemerintah. Terbuktilah sikap pemerintah pada masa itu yang amat tidak bertanggungjawap, mementingkan diri, dan tamak. Seharusnya masyarakat Melayu tinggi dengan segala budi, budi bahasa, budi pekerti, budi baik, dan sebagainya berkaitan budi kerana budi memang amat penting dan sinonim dengan masyarakat Melayu sehiggakan dibawa sampai mati. Kelihatan amat ketara bahawa Paduka Seri Maharaja dan orang bawahannya tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat seperti mana yang sepatutnya.

Perbuatan menzalimi rakyat itu sendiri adalah salah dan bertentangan dengan agama Islam malah pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawap serta menyalah gunakan kuasa adalah dikira berdosa. Pembunuhan budak pintar ini telah menimbulkan kesan kepiluan atau pathos. Perbuatan ini hanya memberi gambaran buruk terhadap pemerintah. Hakikatnya, apa yang diharapkan dan perlu ada dalam diri seseorang pemimpin adalah sikap-sikap terpuji dan nilai-nilai murni seperti penyayang, mengambil berat,bertolak ansur, saling membantu dan bekerjasama bagi memakmurkan organisasi dibawah lembayungnya. Sebelum memikul tanggungjawap ini lagi, seseorang pemimpin itu harus memikirkan akan kemampuannya dalam kepimpinan kerana mereka harus sedar bahawa tugas ini amat berat dan tidak boleh diambil mudah. Begitu juga halnya dengan rakyat. Rakyat juga harus bertanggungjawab terhadap negeri tanah tumpahnya darah mereka, terhadap pemimpin, dan sesama rakyat. Hal nilah yang digambarkan oleh budak pintar yang memberikan idea yang bernas sehingga telah berjaya menyalamatkan negerinya. Paduka Seri Maharaja telah bersetuju dengan cadangan tersebut Namun sebutir permata ini telah lenyap akibat sikap para pembesar dan raja yang buta hati. Pembesar yang iri hati telah menghasut Paduka Seri Maharaja agar membunuh budak itu kerana dikuatiri pada masa akan datang budak itu akan merampas kuasa raja. Seharusya mereka berbangga mempunyai rakyat dari golongan muda yang bergeliga otaknya, kerana kelak dapat membantu menguat dan mengukuhkan kerajaan sedia ada.

Mungkin hal ini turut bergantung pada zaman dan waktu tertentu, yang mana sistem beraja pada waktu itu amatlah disanjung tinggi. Perlanggaran pada sebarang titah raja,taat setia serta ingkar suruhan raja, boleh dianggap sebagai menderhaka. Raja tidak boleh dikaitkan dengan derhaka, sebaliknya boleh dikaitkan dengan zalim. Dalam masyarakat Melayu tradisional yang berpegang teguh pada institusi feudal, penderhakaan dianggap sesuatu yang hina. Darah rakyat yang menderhaka dihalalakan oleh raja untuk dibunuh. Rakyat pada waktu itu lebih bersikap akur, taat, tunduk, serta patuh. Konsep ini merupakan nilai hidup terpenting daripada kaca mata masyarakat Melayu tradisional. Mereka menyerahkan diri dengan penuh taat setia tanpa membantah malah menyumbang bakti yang tidak terbatas meskipun di luar kemampuan dan batas kemanusiaan serta sanggup berkorban apa sahaja. Namun pemikiran seperti ini sudah tidak ada dalam pemikiran masyarakat sekarang khususnya mayarakat Melayu. Raja masih dimuliakan tetapi lebih terbatas dan begitu juga dengan rakyat yang tidak dianiaya sesuka hati malah telah terpelihara hak dan kebajikan mereka. Kesimpulannya, kedua-duanya haruslah memahami tanggungjawab, interaksi dan saling bergantungan antara mareka.

BIBLIOGRAFI

Tun Seri Lanang. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. A. Samad Ahmad. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka

Safety Tip: What to do when tyres blow out while driving

December10

For those of you who often drives in the highway, the info in this video clip can save you and your family from the mishaps of an accident. Tyres blow out during high speed is very dangerous and the pointer in this video on how to control your car at that moment are invaluable.
  
Whether you are driving a Mercs or a Kancil, the effect is the same, as shown in the Video. If it happens to the back wheel, it’s not so bad.

The warning is:
‘NEVER HIT YOUR BRAKE!!

See the video HERE!!!

KISAH BENAR – Kisah Pembalasan Isteri Curang

December4

Diceduk dari Halaqah.net
Tajuk: KISAH BENAR – Kisah Pembalasan Isteri Curang
Dikirim oleh: Ummi Munaliza on 07 May, 2009, 05:47:34 AM

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awak di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kau tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Cukup menginsafkan, kan? Ambil iktibar dan sampaikanlah pada yang lain. Wallahualam

Petua Mencuci Hati

November20

Oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8.. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa)

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

“Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1”

Kegunaan Halba

November19

Rasulullah saw bersabda :

‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? ‘

Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

‘ Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ‘(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

‘ Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
– Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung,sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lender tekak
– Melegakan sakit kepala/ migraine
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
– Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
– Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Sila edarkan risalah ini semoga ada manafaat kepada orang ramai yang berpenyakit tetapi tidak perlu berbelanja mahal untuk mencari penawarnya.
InsyaAllah sembuh dengan izin Allah jua..

Teh tarik punca sakit jantung

October5

KUALA LUMPUR – Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.

Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Oteh Maskon berkata, kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok ditambah pula dengan sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Beliau berkata, dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

“Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk ‘Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ia Berakhir’ di PPUKM di sini semalam.

posted under Info Sharing | Comments Off on Teh tarik punca sakit jantung

Hukum Kenajisan Anjing: Satu Penilaian Semula

October2

oleh: Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila sahaja disebut tentang anjing, pasti ramai yang akan merasa jijik. Apabila sahaja melihat anjing, ramai yang akan cuba menjauhinya. Ini kerana kita sejak awal telah diajar bahawa anjing adalah najis yang berat. Akan tetapi pada masa kini, wujud beberapa suasana di mana kita terpaksa berada “berhampiran” dengan anjing. Sebagai contoh, terdapat beberapa lapangan terbang antarabangsa yang menggunakan anjing untuk mengesan dadah pada penumpang dan bagasi mereka. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan kita kerana kesukaran untuk menyamak mana-mana bahagian yang telah disentuh oleh anjing tersebut.

Dalam risalah ini, penulis ingin mengajak para pembaca sekalian mengkaji semula, adakah benar anjing adalah najis yang berat? Adakah setiap kali anjing bersentuhan dengan kita, kita perlu menyamaknya? Sebelum dimulakan kajian ini, penulis ingin terlebih dahulu memberi muqaddimah tentang pandangan Islam terhadap haiwan secara umum.

Pandangan Islam Tentang Haiwan.
Islam adalah agama yang bukan sahaja menjaga hak-hak manusia tetapi juga hak-hak haiwan. Pada satu ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:

Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik.[1]

Perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk “…bertaqwa kepada Allah terhadap haiwan-haiwan …” menunjukkan bahawa kita akan dipertanggungjawabk an di hadapan Allah Subhanahu wa Ta‘ala pada Hari Akhirat nanti dengan bagaimana sikap kita terhadap haiwan. Jika kita menjaga mereka dengan baik, memberi hak-hak mereka seperti makanan, minuman dan tempat berteduh, kita akan memperoleh ganjaran daripada Allah. Sebaliknya jika kita menzalimi mereka, maka kita akan memperoleh azab daripada Allah. Dua hadis berikut perlu menjadi sumber iktibar bagi kita:

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.[2]

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya.
Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya
untuk makan serangga di tanah.[3]

Daripada hadis-hadis di atas, jelas bahawa sikap kita terhadap haiwan memiliki kedudukan yang penting di dalam agama sehingga melibatkan antara syurga dan neraka. Oleh itu hendaklah kita sentiasa memerhatikan sikap kita terhadap haiwan. Jangan dihadkan belai kasih kepada haiwan peliharaan sahaja tetapi hendaklah diluaskan kepada haiwan-haiwan yang lain. Sebagai contoh, jika di persekitaran rumah ada kucing yang menjadi pemeliharaan seseorang dan beberapa kucing lain yang berkeliaran, janganlah makanan disediakan untuk kucing yang dipelihara sahaja. Sediakan juga makanan kepada kucing-kucing yang lain.

Berdasarkan hadis-hadis di atas juga, kita patut bersikap terbuka untuk menilai semula, sejauh manakah pendapat yang mengatakan anjing adalah najis berat. Pendapat ini memang masyhur akan tetapi kemasyhuran sesuatu hukum tidak menjamin kebenarannya. Justeru marilah kita menilai semula hukum kenajisan anjing.

Hukum kenajisan anjing.
Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[4]

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172. Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[5]

Berdasarkan hadis ini wujud dua pendapat tentang kenajisan anjing. Pendapat pertama berkata anjing adalah najis keseluruhannya manakala pendapat kedua berkata ianya tidak najis keseluruhannya. Perinciannya adalah seperti berikut:

Pendapat pertama dan dalil-dalilnya:
Pendapat pertama menyatakan bahawa seluruh anjing sama ada kecil atau besar adalah najis. Ini adalah pendapat Mazhab al-Syafi‘iy dan Hambali.[6] Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini.

Dalil pertama adalah berdasarkan kaedah qiyas. Suruhan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing. Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama haiwan dan ia dikategorikan sebagai najis maka sudah tentu lain-lain anggotanya – yakni seluruh badannya – adalah najis juga. Lebih dari itu air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar dari mulut (yakni air liur) adalah najis maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga. Maka dengan itu seluruh badan anjing adalah najis.

Dalil kedua adalah berdasarkan sebuah hadis:

Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam diundang ke rumah satu kaum lalu baginda memenuhi undangan tersebut, kemudian baginda diundang ke rumah satu kaum yang lain namun tidak baginda memenuhinya. Lalu ditanya kepada baginda kenapa? Baginda menjawab: “Sesungguhnya pada rumah si fulan itu ada anjing.” Lalu dikatakan kepada baginda: “Dalam rumah si fulan (undangan pertama) ada kucing. Baginda menjawab: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Hakim. Berdasarkan hadis ini difahami bahawa anjing adalah najis (berbeza dengan kucing yang bukan najis).

Pendapat kedua dan dalil-dalilnya.
Pendapat kedua menyatakan bahawa anjing tidak najis seluruhnya, demikian yang masyhur daripada Mazhab Maliki. Mazhab Hanafi berpendapat seumpama kecuali mulut, air liur dan tahi anjing, ketiga-tiga ini mereka kategorikan sebagai najis.[7]

Tokoh-tokoh Mazhab Maliki berpendapat suruhan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing bukanlah disebabkan oleh kenajisan mulut, lidah dan air liur anjing tetapi disebabkan kepada ketaatan kepada Allah semata-mata (ta’abudi). Mereka berpendapat sedemikian dengan merujuk kepada lain-lain hadis Rasulullah yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk berburu dan tiadalah seekor anjing memburu dan membunuh mangsanya melainkan melalui gigitan mulutnya. Haiwan yang ditangkap oleh anjing buruan tersebut adalah tetap suci untuk dimakan seluruhnya berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Berdasarkan gabungan dalil-dalil ayat di atas dan hadis-hadis yang membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk memburu, mazhab Maliki berpendapat bahawa mulut, lidah dan air liur anjing bukanlah najis.

Sedikit berbeza adalah mazhab Hanafi di mana mereka berpendapat anjing bukan najis kecuali mulut, lidah dan air liurnya adalah najis dengan merujuk secara zahir kepada hadis yang pertama di atas.

Pendapat yang rajih (kuat):
Pendapat yang dianggap rajih (terkuat) adalah pendapat yang kedua. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

Pertama:
Kaedah qiyas yang digunakan untuk menghukum seluruh anjing sebagai najis adalah qiyas yang lemah.

Ini kerana asal pengusulan kaedah qiyas adalah bagi mencari hukum terhadap kes baru yang tidak wujud pada zaman turunnya wahyu – al-Qur’an dan al-Sunnah. ‘Illat atau sebab bagi kes yang baru tersebut dikaitkan secara analogi kepada satu kes yang sudah sedia wujud pada zaman penurunan wahyu.

Menggunakan qiyas untuk menghukum keseluruhan anjing sebagai najis dianggap lemah kerana anjing pada asalnya sudah wujud pada zaman turunnya wahyu. Bererti ia bukanlah kes yang baru. Apabila sesuatu kes itu sudah sedia wujud di zaman penurunan wahyu dan tidak ada wahyu yang menerangkan hukumnya, bererti sememangnya Allah tidak bermaksud untuk menurunkan apa-apa hukum ke atasnya.

Apabila tiada hukum yang diturunkan maka ia kembali kepada kedudukan yang asal, iaitu halal/harus/ bersih. Firman Allah:

Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi. [al-Baqarah 2:29]

Dan Dia (Allah) memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti. [al-Jatsiyah 45:13]

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? [Luqman 31:20]

Kesimpulannya, anjing adalah haiwan yang sedia wujud pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Apabila tiada ketentuan hukum diturunkan dalam persoalan najis atau tidaknya anjing, bererti hukum anjing kembali kepada yang asal, iaitu ia adalah haiwan yang tidak najis.

Kedua:
Hadis yang menerangkan keengganan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memenuhi undangan kerana ada anjing di dalam rumah adalah lemah (dha‘if). Berkata Syaikh ‘Adl Ahmad ‘Abd al-Mawjud dan Syaikh ‘Ali Muhammad Ma’wudh ketika mentakhrij hadis tersebut:[8]

Dikeluarkan oleh Ahmad (2/442), al-Hakim (1/183), al-‘Uqaili dalam al-Dhu‘afa’ (3/386) dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra (1/151); setiapnya daripada jalan ‘Isa bin al-Musayyab, daripada Abi Zur’ah, daripada Abi Hurairah.

Berkata al-Hakim: “Dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah kecuali bahawasanya beliau benar (shaduq) dan tidak tidak dicela secara pasti.”

Namun ini kemudiannya diikuti dengan komentar al-Zahabi: “Berkata Abu Daud (tentang ‘Isa bin al-Musayyab) : Dha’if. Berkata Abu Hatim: Tidaklah dia kuat.”

Diriwayatkan oleh al-‘Uqaili daripada Yahya bin Ma’in bahawa dia berkata: “‘Isa bin al-Musayyab dha’if.” Berkata al-Haitsami di dalam al-Majma’ (4/48):

“Diriwayatkan oleh Ahmad dan di dalam (sanadnya) terdapat ‘Isa bin al-Musayyab, dinilai terpercaya (thiqah) oleh Abu Hatim dan dha’if oleh selainnya.” (Ini tidak benar) kerana Abu Hatim tidak menilai beliau thiqah, beliau hanya berkata tentangnya dalam al-Jarh wa al-Ta’dil (6/288): “Dianggap shaduq akan tetapi kuat.”

Demikian takhrij oleh Syaikh ‘Adl Ahmad ‘Abd al-Mawjud dan Syaikh ‘Ali Muhammad Ma’wudh. Selain itu, al-Daruquthni dan al-Baihaqi menilai ‘Isa bin al-Musayyab sebagai “shalih al-Hadis.” Akan tetapi dalam ilmu hadis sedia diterangkan bahawa apabila bertembung celaan dan pujian, hendaklah diunggulkan celaan tersebut.

Oleh kerana itu Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Sunan al-Daruquthni (Muassasah al-Risalah, Beirut 2004), jld 1, ms 103 telah mengkategorikan hadis ini sebagai: “Hadis Dha’if.”

Kesimpulannya, hadis ini dha’if dan tidak boleh dijadikan sumber dalil dalam perkara hukum.

Ketiga:
Hadis yang dijadikan dalil dalam Mazhab al-Syafi’iy berakhir dengan lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis.” Lafaz ini sebenarnya tidak wujud di dalam mana-mana kitab hadis yang meriwayatkan hadis tersebut. Lafaz yang terdapat dalam Sunan al-Daruquthni adalah:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah datang ke rumah satu kaum daripada kalangan orang-orang Anshar namun baginda enggan masuk rumah mereka. Ini menimbulkan kegelisahan ke atas mereka (tuan rumah) lalu mereka bertanya: “Ya Rasulullah, anda datang ke rumah si fulan tetapi anda enggan pergi ke rumah kami.” Maka baginda menjawab: “Ini kerana rumah kamu ada anjing.” Mereka berkata: “Akan tetapi pada rumah mereka ada kucing.” Rasulullah menjawab: “Kucing adalah sejenis binatang buas (yakni tidak tetap penjagaannya, sering merayau-rayau) .”

Oleh itu al-Hafiz al-‘Iraqi telah berkata:[9]

Seandainya sabit tambahan ini (yakni “Sesungguhnya kucing bukan najis.”), ia telah menjadi sumber pendalilan yang masyhur. Akan tetapi ianya tidak dikenali asal usulnya di dalam mana-mana kitab hadis yang sedia ada. Padahal hadis ini diriwayatkan dengan tambahannya oleh Imam Ahmad, dalam Musnadnya, al-Daruquthni dalam Sunannya dan al-Hakim dalam al-Mustadraknya daripada riwayat ‘Isa bin al-Musayyab daripada Abi Zur’ah daripada Abi Hurairah, kecuali mereka tidak menyebut dalam (kitab-kitab mereka) lafaz: “Sesungguhnya kucing bukan najis.”

Sesunguhnya yang disebut adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Kucing adalah sejenis binatang buas.” Dan berkata al-Daruquthni sesudah mengeluarkan hadis tersebut: “’Isa bin al-Musayyab Shalih al-Hadis.” Dan berkata al-Hakim: “Hadis ini sahih isnad dan tidak dikeluarkan (oleh al-Bukhari atau Muslim) dan ‘Isa bin al-Musayyab berseorangan daripada Abi Zur’ah, akan tetapi (tak mengapa) kerana dia benar (shaduq) dan tidak dicela secara pasti.”

Saya (al-Hafiz al-Iraqi) berkata: Bahkan yang benar dia telah dicela oleh Ibn Ma’in, Abu Daud, al-Nasa’iy, Ibn Hibban dan al-Daruquthni sendiri di tempat yang lain.

Kesimpulannya, hadis yang dijadikan dalil kenajisan anjing tertolak dari dua sudut: pertama adalah kelemahan sanadnya manakala kedua adalah tambahan lafaz “Sesungguhnya kucing bukan najis” yang sebenarnya tidak wujud dalam mana-mana kitab hadis.

Berdasarkan tiga sebab di atas, maka yang rajih (kuat) ialah pendapat kedua, iaitu anjing tidak najis. Hadis yang menyuruh menyucikan bekas yang dijilat oleh anjing tidak semestinya bererti jilatan anjing itu najis, sebagaimana kita manusia juga disuruh berwudhu’ dan bertayamum – suruhan ini tidaklah bererti kita najis. Akan tetapi ia adalah ketaatan kita kepada perintah Allah dan Rasul-Nya semata-mata.

Inilah juga merupakan pendapat Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau merumuskan:[10]

Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu,
maka basuhlah ia tujuh kali.

Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al-Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis ‘Abd Allah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu.

Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebut tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang dijilat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam al-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits ‘Abd Allah ibn ‘Umar (yang menerangkan)

“Anjing masuk dan keluar di masjid pada masa Rasulullah dan para sahabat
tidak memercikkan air apa pun.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Daud).

Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta’abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hikmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik.

Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta’ala firmankan:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):
“Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” Bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.
Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu
dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta’abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan.

Sekian al-Qaradhawi.

Di atas merupakan pendapatnya yang terbaru, membatalkan pendapat beliau yang lama dalam kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

Seterusnya terdapat tiga persoalan lanjut yang perlu dijelaskan:

Persoalan pertama:
Jika anjing tidak najis, haruskah kita mencuci jilatannya jika ia menjilat kita atau perkakas kita?

Penjelasan kepada persoalan pertama:
Jawapannya ya, berdasarkan hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyuruh kita mencuci jilatan anjing. Kita mencucinya bukan kerana ia najis tetapi kerana taat kepada perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Persoalan kedua:
Apabila tersentuh jilatan atau air liur anjing, adakah cara menyucinya wajib dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah atau boleh dicuci dengan apa sahaja yang bersifat menyucikan?

Penjelasan kepada persoalan kedua:
Di sini para fuqaha berbeza pendapat sama ada boleh menggunakan sabun bagi menggantikan tanah. al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh al-Thaharah, ms 61-63 menerangkan bahawa sebahagian fuqaha Syafi‘iyyah dan Hanabilah kontemporer membolehkan penggunaan sabun. Bahkan Mazhab Maliki mengatakan penggunaan tanah/debu adalah tidak wajib, ia sunnah sahaja.

Pendapat yang dipertengahan lagi mendekati hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ialah mencuci jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan diawali dengan campuran tanah. Akan tetapi jika tidak ditemui tanah atau pada saat itu tidak sesuai untuk menggunakan tanah maka dibolehkan menggunakan sabun atau apa jua yang sifatnya menyucikan. Ini kerana mencuci jilatan anjing ialah duduk dalam bab ketaatan kepada perintah syari‘at dan ketaatan ini adalah berdasarkan kemampuan setiap individu berdasarkan kesenangan dan kesukaran yang dihadapinya. Jika menghadapi kesukaran untuk mentaatinya maka syari‘at memberi kelonggaran sekadar mana yang perlu. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu. [al-Taghabun 64:16]

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Apa sahaja yang aku larang kamu daripadanya maka tinggalkanlah ia dan apa sahaja yang aku perintahkan kamu dengannya maka lakukanlah ia sedaya upaya kamu.[11]

Persoalan ketiga:
Bolehkah memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan (pet)?

Penjelasan bagi soalan kedua:
Jawapan kepada soalan kedua boleh diperolehi dengan merujuk kepada hadis berikut:

Sesiapa mengambil anjing (sebagai peliharaan) kecuali anjing menjaga tanaman atau anjing menjaga ternakan atau anjing berburu maka setiap hari pahalanya berkurang satu qiraat.[12] [Shahih Muslim – no: 1574]

Terhadap hadis di atas para fuqaha berbeza pendapat adakah haram atau makruh untuk memelihara anjing atas sebab-sebab selain menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Pendapat yang rajih (kuat) adalah makruh hukumnya, sebagaimana ulas al-Syaukani:[13]

Ini menjadi dalil atas kebolehan memelihara anjing atas sebab-sebab selain daripada apa yang disebut (dalam hadis di atas). Sesungguhnya ia tidak haram kerana sesuatu yang jika penggunaannya adalah haram ia tidak boleh digunakan dalam semua keadaan tak kira sama ada ia mengakibatkan pengurangan pahala atau tidak. Maka ini menunjukkan bahawa penggunaannya (memelihara anjing selain daripada tujuan menjaga tanaman, ternakan dan berburu) adalah makruh dan bukan haram.

Kesimpulannya, makruh hukumnya untuk memelihara anjing kecuali jika memiliki sebab-sebab yang tertentu demi menjaga kemaslahatan dan menolak kemudaratan. Adapun hikmah hukum makruh ini antara lain adalah kerana memelihara anjing akan menyebabkan malaikat rahmat menjauhi rumah kita, menimbulkan rasa takut kepada tetamu dan salakannya mengganggu ketenteraman jiran.

________________________________________
[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 1995), hadis no: 23.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467 (Kitab hadis-hadis al-Anbiya’).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3318 (Kitab permulaan penciptaan).
[4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air……)
[5] Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.
[6] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa ‘Adilatuhu (Dar al-Fikr, Damsyik 1994), jld. 1, ms. 305
[7] Wahbah al-Zuhaili – Fiqh al-Islami wa Adilatuhu, jld. 1, ms. 305.
[8] Sunan al-Daruquthni (Dar al-Ma’refah, Beirut 2001), jld. 1, ms 171.
[9] Thahr al-Tastrib bi Syarh al-Taqrib al-Asanid wa Tartib al-Masanid (Dar al-Fikr, Beirut), jld. 2, ms 123.
[10] Fiqh al-Thaharah (edisi Indonesia atas judul yang sama; al-Kautsar, Jakarta 2004), ms. 21-22.
[11] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1337. Rujuk juga Hadis 40 al-Imam al-Nawawi – hadis no: 9.
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 1574 (Kitab al-Masaqah, Bab perintah membunuh anjing……)
[13] Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Abrar (Dar al-Kitab al-‘Arabi, Beirut 2000), jld. 5, ms. 204.

http://www.hafizfir daus.com/ ebook/HimpunanRi salah-3/Tajuk% 209.htm

Mencari Arah Kiblat melalui Internet

September14
Dicatat oleh d’melor Saturday, August 1, 2009  

kiblat 

Sebagai seorang muslim, mencari arah kiblat yang tepat adalah penting untuk tujuan sembahyang kepada Allah. Adakah anda pasti, posisi arah kiblat yang anda amalkan sekarang tepat ke arah Kaabah di Mekah. Sekiranya anda melancung ke luar daripada kawasan anda seperti ke luar negara sbg contoh, tidaklah rumit untuk mencari arah kiblat yang betul. Sebenarnya mencari arah kiblat zaman sekarang adalah senang berbanding masa lampau, dengan bantuan kompas dan internet. Berikut adalah kaedah yang tepat yang boleh digunakan untuk mencari arah kiblat di seluruh dunia.

Dengan bantuan Google yang tersohor di dunia, anda mampu mencari arah kiblat dengan mudah. Berikut adalah dua laman web yang anda boleh layari untuk menentukan arah kiblat mana-mana tempat di dunia.

1. http://www.qiblalocator.com/

kiblat1

Menggunakan qiblalocator.com adalah senang sekali. Anda hanya perlu masukkan nama poskod, disusuli dengan nama negara, Qibla locator akan mencari kedudukan arah kaabah dengan memaparkan peta lokasi tempat anda dan arah qiblat.

Anda boleh menaip alamat tempat, disertai dengan poskod dan nama negara untuk mencari arah kiblat bagi setiap kampung di dunia sehinggakan nama kampung saya yang mungkin tidak dikenali di peta dunia juga berjaya ditemu arah kiblatnya. Hebatnya teknologi zaman sekarang!!!!

Laman web ke dua ialah:

2. http://www.qibla.com.br/

Pada laman web ini, konsep yang juga adalah sama di mana perlu memasukkan maklumat longitud dan latitud untuk lokasi anda pada sumber atau origin pada peta sebelah kiri manakala destinasi pada peta seblah kanan telah disetkan pada Kaaba, Mecca. 

kiblat1a

Keputusan dihasilkan dengan 2 arah , cara kompas digunakan iaitu mengikut ke arah Utara berpandukan lokasi kita atau menggunakan arah magnetik yang ditunjukkan oleh kompas. Sila lihat pada Gambar untuk keputusan arah tersebut.

Laman web ke tiga yang boleh anda tinjau ialah:

3. http://www.qibladirection.com/qibladirection_default.aspx

Teknik yang sama juga digunakan di mana anda boleh mencari arah Kiblat menggunakan Google Map dan Google Earth. Untuk menggunakan Google Earth anda perlu memuat turun Plugin Google Earth untuk browser anda terlebih dahulu.

kiblat3a

Anda akan dipaparkan dengan skrin berikut. Taipkan maklumat seperti nama tempat, bandar, negeri, negara atau boleh juga masukkan poskod, nama negara.

kiblat3c

Berikut adalah skrin keputusan dipaparkan, menggunakan bandar Kota Bharu, Kelantan. Ada 3 cara bagaimana menentukan arah kiblat sebagaimana yang tertera dalam skrin keputusan tersebut. Waktu sembahyang untuk lokasi anda juga dipamerkan pada bahagian bawah.

kiblat3d


Ulangi teknik yang sama untuk Google Earth. Sila lihat skrin Google Earth bagi info yang sama sebelum ini.

kiblat4b

Saya harap artikel ini dapat memberi panduan berguna untuk anda umat Islam. Kalau anda ingin mencuba laman-laman lain di internet, anda boleh google dengan teks carian seperti qibla direction atau qibla locator. Contoh halaman web lain ialah http://www.listenarabic.com/qibla-locator.php Sekiranya anda mahukan cara menentukan Kiblat menggunakan kedudukan matahari, sila rujuk kiriman bertajuk “Penentuan Kiblat Berpandukan Matahari”.

Selamat mencuba. Wallah hu A’lam.

posted under Info Sharing | Comments Off on Mencari Arah Kiblat melalui Internet

Selamat Hari Jadi, Iqah

September9

Salam Iqah,

13th Birthday on 090909!

13th Birthday on 090909!

Sempena hari jadi Iqah yang ke 13, abah dan mama serta semua yang lain mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan semuga Iqah sihat sejahtera selalu dan sentiasa bersabar dalam menjalani kehidupan seharian.

Wassalam.

posted under Family | No Comments »
« Older Entries